Pengenalan Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka

 . Ke Arah Budi Akhlak Mulia . Membangun Bersama Persatuan . 

Pengenalan Bersama PSSGTM

Sin = Sir (rahsia)
Ya = Yakin
Lam = Latif
Ta = Taqwa

* SILAT * SULIT * SELIT *

* SILAT * SOLAT * SELAWAT *

"Inilah Pujangga Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka"

Pengenalan PSSGTM.
Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 13 Februari 2000. Persatuan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Ahmad Bin Hamzah (ADUN Umbai). Persatuan ini pada awalnya diasaskan oleh enam orang penting dan diketuai oleh Guru Utama iaitu Guru Aziz Bin Md Said.

Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka ini berpusat di KM13.5, Jalan Berangan Enam, Kampung Umbai, Melaka. Seawal persatuan ini ditubuhkan, ahli pesilatnya hanya seramai 50orang sahaja dan sehingga kini ahli persatuanPersatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka Melebihi 1500 orang.

Gelanggang.
Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka ini mempunyai beberapa gelanggang di sekitar melaka seperti di Umbai, Kelebang Besar dan Bukit Baru. Ia juga mempunyai beberapa cawangan gelanggang di luar bandar melaka seperti di Negeri Selangor, Johor dan Pahang.
Di Selangor Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka mempunyai 4 kawasan gelanggang iaitu di Gelanggang Kajang Utama, Gelanggang Semenyih, Gelanggang Puchong dan juga Gelanggang Universiti of Notthingham. Manakala di Johor pula persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka hanya mempunyai 1 gelanggang di Kawasan Pasir Gudang dan dalam usaha untuk membuka beberapa gelanggang disekitar Kawasan Bandar Johor bagi memperkembangkan lagi kesenian Silat Gerak Tepat Melaka ini. Terbaru, 
PSSGTM kini membuka sebuah gelanggang lagi di Pahang yang terletak di Felda Jengka 14.

Keahlian
Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka hanya menerima ahli bagi mereka yang menganut Agama Islam sahaja. Bagi mereka yang bukan beragama Islam persatuan ini tidak akan sesekali menerima menjadi ahli.
Dari segi peringkat umur Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka mengalu-alukan anak-anak yang berusia seawal 6 tahun keatas untuk memperlajari kesenian warisan pusaka bangsa ini dan langkah keselamatan jaga diri.

Sukatan Pembelajaran.
Permainan-permainan yang diajarkan oleh Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka adalah Permainan Kuntau Pelebat pecah 4, pecah 4 bawah, pecah 4 lapis, pecah 8, pecah 8 lapis, 3 setunda tangkap tembung 8 lapis, kunci-kuncian kuntau, tangan kosong, bermain Buah Parang, Buah Keris, Buah Selengan, dan terakhir Bermain Buah Tekpi.
Permainan Buah Pukulan pula seperti Pukulan Mat Kelang, Pukulan 9 dan Siku 12.

Sikap.
Menariknya didalam Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka ini mengajar serta mendidik ahli-ahli persatuan dalam beradaban bersama Guru dan orang yang lebih tua di antara satu sama lain.

Objektif Perguruan
Meningkat, memantap dan menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam mendalami ilmu warisan pusaka bangsa. Memartabatkan seni pusaka warisan nenek moyang khususnya pada orang Melayu. Menguatkan jati diri dan menyemai semangat patriotik

Visi Perguruan
Menjulang dan memartabatkan Seni Silat Melayu dimata dunia.

Misi Persatuan
Melahirkan anak bangsa melayu yang mempunyai kekuatan luaran dan dalaman (rohani dan jasmani) serta menyayangi budaya Melayu.

Wawasan
Melahirkan pemuda-pemudi dan bangsa Melayu yang mentauhidkan ALLAH SWT 


Gendang_Serunai_Silat_-_04_-_G.mp3

 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola