Pengenalan Guru

 . Ke Arah Budi Akhlak Mulia . Membangun Bersama Persatuan . 

TUAN GURU AZIZ BIN MD SAID


Tuan Guru Aziz Bin Md Said ialah Guru Utama dan merangkap Presiden Persatuan Seni SIlat Gerak Tepat Melaka. Beliau telah dilahirkan di Kg. Berangan Enam, Umbai, Melakapada tanggal 9 Disember 1961.

Guru Aziz adalah seorang guru yang begitu luas pengalaman dari segi dunia persilatan. Beliau telah menceburi dunia persialatan sejak kecil yang mana usia beliau baru mencecah 7 tahun. Ketika beliau berusia 7 tahun, beliau mempelajari Seni Silat Kuntau Melayu daripada ayahandanya sendiri iaitu Md Said Bin Latif dan menamatkan pembelajaran Seni Silat Kuntau Melayu ketika berusia 15 tahun. Setelah menamatkan pelajaran bersama ayahandanya, beliau telah mempelajari Seni Silat Kuntau Tepat dan berguru di bawah naungan Guru Abu Samah Bin Abdullah. Setelah 2 tahun menguasai Seni Silat Kuntau Tepat, Guru Abu Samah telah melantik beliau menjadi Gurulatih dan ketika itu beliau berusia 17 tahun. Sehingga kini beliau masih mengamal dan mengajarkan kepada pelatih agar disampaikan ilmu tersebut kepada pesilat Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka.

Selain meminati dan mendalami Seni Persilatan beliau juga pernah membintangi beberapa drama televisyen tempatan seperti Pendekar Kundur, Tersingkir, Nisliha, Lela Sari, Cendana Pura dan lain-lain. Beliau juga pernah berganding bahu dengan beberapa pelakon terkenal dari segi dunia persilatan seperti Eman Manan, Nasir Bilal Khan, Ebby Saiful, Abby Yus, Sofea Jane, Kamsani dan beberapa pelakon lain. Dalam masa yang sama, ada juga segelintir pelakon yang turut mempelajari beberapa ilmu dan ijazahkan sendiri oleh Guru Aziz seperti Eman Manan, Ebby Saiful, Kamsani, Sofea Ibrahim, Sallehudin Sani, Yanzent, Sharifah Haslinda, Rahim Kidol, Shaharudin Tambi, Intan Azura dan lain-lain.

Setelah mempelajari pelbagai jenis persilatan, beliau sering merasakan dirinya masih belum mencukupi untuk menguasai silat-silat Melayu yang terbilang. Oleh yang demikian, dek kerana minat yang mendalam dan tidak pernah jemu atau putus asa beliau telah berjumpa dengan seorang guru Pukulan Mat Kelang yang bergelar Pak Itam MailPak Itam Mail adalah orang penting / orang kanan kepada Datuk Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka). Setelah itu, beliau berjumpa pula dengan guru Pak Abas. Pak Abas juga adalah Guru Pukulan Mat Kelang. Kehebatan Pak Abas ini, beliau telah melahirkan beberapa guru silat masa kini seperti Guru Aziz, Guru Dahlan, dan lain-lain.

Guru Aziz memang tidak pernah kenal erti jemu dan putus asa bagi mendalami dunia persilatan. Ada juga diantaranya beliau telah mempelajari silat-silat Melayu dengan anak murid dan rakannya sendiri. Seperti Silat Lang Buana, Tari Naga Sakti dan Langkah Jebat Durhakadan beberapa silat yang lain. Permainan seperti Langkah Jebat Durhaka ini tidak diajar kepada murid-muridnya malah beliau mempelajarinya hanya untuk pakaiannya sendiri.

Setelah mendalami pelbagai jenis silat Melayu yang hebat-hebat dan mempunyai pengalaman yang luas, sedar tidak sedar beliau telah menuntut dan menguasai 36 jenis persilatan Melayu dari segi zahir dan batin.

Gendang_Serunai_Silat_-_05_-_G.mp3

 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola